Windows Log On dan Log Off Secara Automatik
Baru-baru ini seorang rakan saya di pejabat menghadapi masalah dengan laptopnya. Apabila dia cuba untuk log on ke dalam Windows XP, ia akan log off secara automatik. Saya cuba masuk ke dalam Safe Mode, namun masalah yang sama tetap berlaku.
Menurut satu artikel dari Microsoft, masalah ini berlaku kerana beberapa fail penting telah hilang dari Windows XP, dan nilai dalam registry juga telah diubah. Ikuti langkah-langkah di bawah untuk memperbaiki masalah ini:
Membaiki Nilai Registry
Oleh kerana kita tak dapat masuk ke dalam Windows, kita akan menggunakan Offline NT Password & Registry Editor untuk membaiki nilai dalam registry.
- Boot komputer melalui CD/USB Offline Registry Editor dan pergi kepada nilai berikut:
HKLM\Software\Microsoft\Windows NT\CurrentVersion\Winlogon
- Perhatikan kedua-dua nilai ini:
- Shell
- Userinit
- Tukar nilai-nilai tersebut kepada:
- Shell = explorer.exe
- Userinit = x:\windows\system32\userinit.exe
- Jangan lupa untuk commit perubahan yang anda telah buat tadi.
Menggantikan Fail Yang Hilang
Dapatkan fail explorer.exe dan userinit.exe dari CD Windows XP, atau anda boleh copy terus dari komputer lain yang menggunakan Windows XP.
Bagi menggantikan fail yang hilang ini, anda boleh gunakan apa-apa Live CD/USB yang boleh mengakses hard disk anda, contohnya Slax, Ubuntu, ataupun BartPE. Fail explorer.exe dan userinit.exe juga hendaklah dimasukkan ke dalam CD atau USB drive.
- Boot komputer melalui Live CD/USB.
- Kenalpasti di mana partition WINDOWS anda berada, dan masukkan fail:
- explorer.exe ke dalam folder WINDOWS
- userinit.exe ke dalam folder WINDOWS/system32
Restart komputer anda, dan kini sepatutnya anda sudah boleh log in ke dalam Windows XP.
Petikan sumber dari: http://sembangkomputer.com/masalah-log-off-automatik/