SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan LKTP Jengka 21 telah memulakan penggal persekolahannya kali yang pertama pada 03 Januari 1982. Murid sekolah ini pada masa tersebut adalah terdiri daripada anak-anak peneroka Felda Jengka 21 dan juga Felda Jengka 22. Manakala tenaga pengajarnya adalah terdiri daripada seorang Guru Besar iaitu encik Abu Bakar bin Awang Mohamad serta dibantu oleh 13 orang guru penolong sahaja, sementara itu bagi jawatan guru penolong kanan, kerani dan pekerja am masih belum diisi. Pada peringkat awalnya hanya terdapat sebuah bangunan sekolah dan sebuah kantin sahaja. Walaupun ketika itu masih lagi kekurangan infrastruktur seperti jalan raya, perabut, peralatan sekolah, rumah guru, bekalan air dan elektrik serta lain-lain masalah lagi. Namun walaubagaimanapun guru-guru yang ada pada masa itu tabah mengharungi segalanya ini dan menganggap ia sebagai satu cabaran dalam profesion perguruan.
Dari segi bidang kurikulum sekolah, pencapaian sekolah ini tentunya dalam PPDL dan UPSR adalah dikira baik jika dibandingkan dengan beberapa sekolah berhampiran. Manakala dari segi ko-kurikulum pula, sekolah ini mempunyai pencapaian yang begitu baik dalam bidang permainan olahraga dan badan beruniform sehingga ke peringkat zon daerah. Pada pertengahan 80-an, bangunan sekolah telah ditambah menjadi tiga buah bangunan kesemuanya. Penambahan bangunan ini adalah bertujuan untuk menampung pertambahan murid dari Felda Jengka 25. Namun, tanggal 24 September 2002 SK Jengka 21 menerima bangunan baru tiga tingkat lengkap dengan peralatan yang terkini. Ia mula beroperasi sepenuhnya pada bulan Mac 2003.
Pertukaran pemimpin sekolah silih bertukar ganti bermula dengan Encik Abu Bakar yang telah ditukarkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Cemomoi, ianya diganti oleh Encik Mat Saman bin Abd. Rahman. Pada bulan Julai 1993, tugas Encik Mat Saman telah digantikan dengan Encik Ibrahim bin Sulaiman. Seterusnya pada Disember 1994 sekolah ini telah diletakkan di bawah pimpinan Encik Sabri bin Hadzir.
Pada tahun 1996 Encik Sabri bin Hadzir telah melanjutkan pelajarannya ke UPM dan tempat beliau telah digantikan oleh Encik Abdul Manab bin Jabal. Pada tanggal 17 November 2006, ia merupakan detik bersejarah bagi Encik Abdul Manab kerana ia merupakan tarikh persaraan beliau dalam profesion perguruan. Mandat seterusnya telah disandang oleh Encik Adnan bin Abdul Manaf pada 9 Januari 2007 sehingga ke pertengahan tahun 2009 beliau telah ditukarkan ke PPD Maran dan sehingga sekarang SK Jengka 21 adalah di bawah pimpinan Encik Mat Kasim bin Mat Noh.
Di bawah kepimpinan baru ini, berbekalkan azam dan kemudahan yang bertambah baik di sekolah ini. Pelbagai usaha telah dirangka dan dipergiatkan untuk memastikan pencapaian sekolah akan ke arah kecemerlangan serta melahirkan lebih ramai modal insan dan insan yang seimbang.