KEPUTUSAN UPSR 2010

KEPUTUSAN UPSR 2010

Khamis, 25 Mac 2010

Kaedah Membuat Partition Baru Dalam Windows

Kebanyakan hard disk yang dijual sekarang adalah bersaiz besar, paling kurang pun 160GB. Bila anda dah pasang hard disk ni ke dalam komputer, seelok-eloknya bahagi-bahagikanlah ia kepada beberapa partition. Partition ni apa ye? Kalau anda tengok dalam My Computer ada C:, D:, E: dan sebagainya, itulah partition.

Jika dalam hard disk anda masih ada ruang kosong, anda boleh buat partition baru dengan mudah tanpa menggunakan sebarang software tambahan. Hanya perlu menggunakan Computer Management yang sudah sedia ada dalam Windows. Ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Right-click pada My Computer dan pilih Manage. Computer Management akan dibuka.
  2. Pada bahagian sebelah kiri, pilih Disk Management.
  3. Pada bahagian sebelah kanan, right-click pada partition yang kosong (Unallocated) dan pilih New Partition.
    new-partition-02
  4. Klik Next pada paparan “Welcome to the New Partition Wizard”.
  5. Primary partition atau Extended partition? Jika anda tak pasti nak pilih yang mana, terus klik Next.
    new-partition-03
  6. Tetapkan saiz partition anda dalam MB. Sebagai contoh, saya memasukkan angka 40000 yang bersamaan dengan 40 GB. Klik Next.
    new-partition-04
  7. Biarkan pilihan seperti biasa (Assign the following drive letter) dan klik Next.
    new-partition-05
  8. Biarkan pilihan seperti biasa (Format this partition with following settings) dan klik Next.
    new-partition-06
  9. Klik Finish dan proses format partition akan bermula.
    new-partition-07

Tunggu sehingga proses format berakhir dan anda sudah boleh mula menggunakan partition baru tersebut.



Petikan sumber dari: http://sembangkomputer.com/buat-partition-baru-dalam-windows/

Read more...

Bagaimana Hendak Mencari Driver Di Internet?


Perkara utama yang anda perlukan untuk mencari driver adalah nama bagi model hardware tersebut.

Contohnya, nama bagi model graphic card saya adalah NVIDIA GeForce FX 5200. Jadi, apa yang perlu saya lakukan adalah menaip “NVIDIA GeForce FX 5200” di laman web Google.

Untuk lebih spesifik lagi, saya taipkan “download driver NVIDIA GeForce FX 5200”. Google akan memaparkan hasil carian, dan link inilah yang akan saya klik untuk mencari driver tersebut.

cari-driver

Jika PC atau laptop anda berjenama (Dell, Compaq, HP, atau Acer misalnya), anda boleh terus taipkan nama bagi model PC/laptop itu. Biasanya nama ini ada dilekat bersama PC/laptop anda.

Satu lagi cara untuk mengetahui nama bagi model hardware anda adalah dengan menggunakan software. Cara ini adalah lebih mudah kerana anda tidak perlu terbelek-belek PC atau laptop anda untuk mencari nama driver. Hanya gunakan software ini dan ia akan memaparkan nama bagi semua komponen hardware yang berada di dalam komputer anda secara terperinci. Contoh software seperti ini adalah Everest dan PC Wizard.


Petikan sumber dari: http://sembangkomputer.com/cari-nama-driver/

Read more...

Apa Itu Driver?


driver_cd

Setelah anda format komputer anda dan install Windows, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah memasang driver. Driver ini diperlukan oleh komponen hardware yang berada di dalam komputer, contohnya graphic card dan sound card.

Tanpa driver, anda akan dapati komputer anda tak dapat berfungsi dengan sepenuhnya. Contohnya, tanpa driver untuk sound card, sistem audio takkan berfungsi dan menyebabkan komputer anda tidak dapat mengeluarkan sebarang bunyi atau memainkan mp3.

Selalunya apabila anda beli barang-barang komputer, pekedai akan membekalkan anda dengan CD driver. CD inilah yang sepatutnya anda simpan elok-elok, mana tahu anda perlukannya esok hari. Kalau anda tiada CD ini (hilang atau sebagainya), anda masih boleh cari driver anda di Internet.

Jangan lupa backup semua driver yang sedia ada dalam komputer anda, sebagai langkah berjaga-jaga. Driver yang anda telah backup ini sangat berguna sekiranya anda perlu format kembali komputer.


Petikan sumber dari: http://sembangkomputer.com/apa-itu-driver/

Read more...

Windows Log On dan Log Off Secara Automatik

Baru-baru ini seorang rakan saya di pejabat menghadapi masalah dengan laptopnya. Apabila dia cuba untuk log on ke dalam Windows XP, ia akan log off secara automatik. Saya cuba masuk ke dalam Safe Mode, namun masalah yang sama tetap berlaku.

Menurut satu artikel dari Microsoft, masalah ini berlaku kerana beberapa fail penting telah hilang dari Windows XP, dan nilai dalam registry juga telah diubah. Ikuti langkah-langkah di bawah untuk memperbaiki masalah ini:


Membaiki Nilai Registry

Oleh kerana kita tak dapat masuk ke dalam Windows, kita akan menggunakan Offline NT Password & Registry Editor untuk membaiki nilai dalam registry.

  1. Boot komputer melalui CD/USB Offline Registry Editor dan pergi kepada nilai berikut:

    HKLM\Software\Microsoft\Windows NT\CurrentVersion\Winlogon

  2. Perhatikan kedua-dua nilai ini:
    • Shell
    • Userinit
  3. Tukar nilai-nilai tersebut kepada:
    • Shell = explorer.exe
    • Userinit = x:\windows\system32\userinit.exe
  4. Jangan lupa untuk commit perubahan yang anda telah buat tadi.


Menggantikan Fail Yang Hilang

Dapatkan fail explorer.exe dan userinit.exe dari CD Windows XP, atau anda boleh copy terus dari komputer lain yang menggunakan Windows XP.

Bagi menggantikan fail yang hilang ini, anda boleh gunakan apa-apa Live CD/USB yang boleh mengakses hard disk anda, contohnya Slax, Ubuntu, ataupun BartPE. Fail explorer.exe dan userinit.exe juga hendaklah dimasukkan ke dalam CD atau USB drive.

  1. Boot komputer melalui Live CD/USB.
  2. Kenalpasti di mana partition WINDOWS anda berada, dan masukkan fail:
    • explorer.exe ke dalam folder WINDOWS
    • userinit.exe ke dalam folder WINDOWS/system32

Restart komputer anda, dan kini sepatutnya anda sudah boleh log in ke dalam Windows XP.


Petikan sumber dari: http://sembangkomputer.com/masalah-log-off-automatik/

Read more...

Windows Log On dan Log Off Secara Automatik

Baru-baru ini seorang rakan saya di pejabat menghadapi masalah dengan laptopnya. Apabila dia cuba untuk log on ke dalam Windows XP, ia akan log off secara automatik. Saya cuba masuk ke dalam Safe Mode, namun masalah yang sama tetap berlaku.

Menurut satu artikel dari Microsoft, masalah ini berlaku kerana beberapa fail penting telah hilang dari Windows XP, dan nilai dalam registry juga telah diubah. Ikuti langkah-langkah di bawah untuk memperbaiki masalah ini:


Membaiki Nilai Registry

Oleh kerana kita tak dapat masuk ke dalam Windows, kita akan menggunakan Offline NT Password & Registry Editor untuk membaiki nilai dalam registry.

  1. Boot komputer melalui CD/USB Offline Registry Editor dan pergi kepada nilai berikut:

    HKLM\Software\Microsoft\Windows NT\CurrentVersion\Winlogon

  2. Perhatikan kedua-dua nilai ini:
    • Shell
    • Userinit
  3. Tukar nilai-nilai tersebut kepada:
    • Shell = explorer.exe
    • Userinit = x:\windows\system32\userinit.exe
  4. Jangan lupa untuk commit perubahan yang anda telah buat tadi.


Menggantikan Fail Yang Hilang

Dapatkan fail explorer.exe dan userinit.exe dari CD Windows XP, atau anda boleh copy terus dari komputer lain yang menggunakan Windows XP.

Bagi menggantikan fail yang hilang ini, anda boleh gunakan apa-apa Live CD/USB yang boleh mengakses hard disk anda, contohnya Slax, Ubuntu, ataupun BartPE. Fail explorer.exe dan userinit.exe juga hendaklah dimasukkan ke dalam CD atau USB drive.

  1. Boot komputer melalui Live CD/USB.
  2. Kenalpasti di mana partition WINDOWS anda berada, dan masukkan fail:
    • explorer.exe ke dalam folder WINDOWS
    • userinit.exe ke dalam folder WINDOWS/system32

Restart komputer anda, dan kini sepatutnya anda sudah boleh log in ke dalam Windows XP.

Read more...

Rabu, 24 Mac 2010

Cara-cara Install Windows Vista

Artikel ini akan menerangkan langkah-langkah untuk memasang Windows Vista ke dalam komputer anda. Sebelum membuat pemasangan, pastikan anda backup dulu dokumen yang penting ke dalam partition lain, atau lebih baik lagi ke dalam hard disk yang lain.

Pengenalan Windows Vista

Windows Vista adalah sebuah OS yang diperkenalkan oleh Microsoft pada tahun 2007. Ia dikeluarkan bagi menggantikan Windows XP yang telah berada selama 7 tahun di pasaran. Windows Vista kemudiannya diganti pula oleh Windows 7 yang dijangka keluar pada tahun Oktober 2009.

Sekiranya anda ada membeli desktop berjenama ataupun laptop sekitar tahun 2007 hingga 2009, biasanya ia disertakan sekali bersama Windows Vista (lihat pelekat Windows Vista pada komputer anda). Sesetengah pengeluar komputer juga turut membekalkan CD Windows Vista sekiranya anda perlu memasang kembali OS tersebut.

Jika anda mempunyai CD pemasangan Windows Vista ini, anda bolehlah mengikuti langkah-langkah ini untuk install Windows Vista ke dalam komputer anda:


Langkah-langkah Install Windows Vista

  1. Terlebih dahulu, tetapkan boot sequence supaya komputer boleh boot dari CD-ROM.
  2. Hidupkan komputer, dan terus masukkan CD Windows Vista. Sekiranya komputer berjaya boot dari CD, ia akan memaparkan skrin “Windows is loading files…”
    vista-01
  3. Skrin “Install Windows” dipaparkan. Klik pada butang Next.
    vista-02
  4. Klik pada “Install Now”.
    vista-03
  5. Terma dan syarat bagi Windows Vista dipaparkan. Setelah membaca terma dan syarat ini, tandakan pada kotak “I accept the license terms” dan klik butang Next.
    vista-04
  6. Pilih “Custom (advanced)” sebagai jenis pemasangan.
    vista-05
  7. Pilih partition mana yang akan digunakan untuk memasang Windows Vista, dan klik pada butang Next.
    vista-06
  8. Proses pemasangan Window Vista bermula. Tunggu sehingga proses ini selesai.
    vista-07
  9. Setelah proses pemasangan siap, skrin “Set Up Windows” dipaparkan. Isikan kata nama dan kata laluan bagi akaun Windows Vista anda, dan klik pada butang Next.
    vista-09
  10. Isikan nama komputer dan klik pada butang Next.
    vista-10
  11. Pilih “Use recommended settings” sekiranya anda mahu Windows Update dijalankan secara automatik.
    vista-11
  12. Pilih zon masa yang betul, serta pastikan tarikh dan masa yang dipaparkan adalah tepat. Klik pada butang Next.
    vista-12
  13. Proses pemasangan telah selesai. Klik pada butang Start untuk mula menggunakan Windows Vista.
    vista-13

Petikan sumber dari: http://sembangkomputer.com/install-windows-vista/

Read more...

Cara-cara Menggunakan WinToFlash Untuk Install Windows XP, Windows Vista dan Windows 7

Adakalanya bila CD/DVD-ROM rosak, anda perlu install Windows menggunakan pen drive. Malah pen drive juga lebih senang dibawa.

Anda boleh membuat pen drive pemasangan Windows ini dengan mudah menggunakan WinToFlash. Windows yang disokong termasuklah Windows XP, Windows Vista, dan Windows 7.

Apa yang anda perlukan adalah CD/DVD pemasangan Windows tersebut dan sebuah pen drive. Kemudian ikut langkah-langkah di bawah:


Cara-cara Menggunakan WinToFlash

  • Download WinToFlash dan extract seperti biasa.
  • Buka WinToFlash.
  • Pada tab Task, pilih jenis Windows yang anda ingin masukkan ke dalam pen drive. Kemudian klik Run.

WinToFlash

  • Masukkan CD/DVD pemasangan Windows, dan nyatakan lokasinya pada ’setup file path’
  • Masukkan pen drive, dan nyatakan lokasinya pada ‘USB Drive’

WinToFlash

  • License Agreement akan dipaparkan, jika ada. Pilih ‘I Accept’ dan klik Continue

win-to-flash-03

  • Sebuah tetingkap akan dipaparkan menyatakan yang pen drive anda akan diformat. Klik OK.

win-to-flash-04

  • Proses menyediakan pen drive anda bermula. Apabila proses ini selesai, anda sudah boleh menggunakannya untuk install Windows.

win-to-flash-05

Guna pen drive ini untuk install Windows seperti biasa. Jangan lupa untuk menetapkan boot sequence pertama kepada pen drive, supaya komputer dapat mengesannya sewaktu dihidupkan

Petikan sumber dari: http://sembangkomputer.com/cara-guna-wintoflash/

Read more...

Selasa, 23 Mac 2010

VISI, MISI DAN MOTTO SEKOLAH

VISI
  • Insan Kamil
  • Cemerlang
  • Berilmu
  • Bertaqwa
  • Bertanggungjawab
MISI
  • Mencapai target kelulusan akademik 100% lulus.
  • Peratus cemerlang semaksimum yang boleh.
  • Melahirkan murid yang mahir berbagai bidang dalam ko-kurikulum.
  • Melahirkan murid yang bertaqwa, berdisiplin dan bertanggungjawab serta mengamalkan nilai-nilai murni yang tinggi sepanjang hayat.
MOTTO

"KECEMERLANGAN MATLAMAT KAMI"

Read more...

Isnin, 22 Mac 2010

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan LKTP Jengka 21 telah memulakan penggal persekolahannya kali yang pertama pada 03 Januari 1982. Murid sekolah ini pada masa tersebut adalah terdiri daripada anak-anak peneroka Felda Jengka 21 dan juga Felda Jengka 22. Manakala tenaga pengajarnya adalah terdiri daripada seorang Guru Besar iaitu encik Abu Bakar bin Awang Mohamad serta dibantu oleh 13 orang guru penolong sahaja, sementara itu bagi jawatan guru penolong kanan, kerani dan pekerja am masih belum diisi. Pada peringkat awalnya hanya terdapat sebuah bangunan sekolah dan sebuah kantin sahaja. Walaupun ketika itu masih lagi kekurangan infrastruktur seperti jalan raya, perabut, peralatan sekolah, rumah guru, bekalan air dan elektrik serta lain-lain masalah lagi. Namun walaubagaimanapun guru-guru yang ada pada masa itu tabah mengharungi segalanya ini dan menganggap ia sebagai satu cabaran dalam profesion perguruan.

Dari segi bidang kurikulum sekolah, pencapaian sekolah ini tentunya dalam PPDL dan UPSR adalah dikira baik jika dibandingkan dengan beberapa sekolah berhampiran. Manakala dari segi ko-kurikulum pula, sekolah ini mempunyai pencapaian yang begitu baik dalam bidang permainan olahraga dan badan beruniform sehingga ke peringkat zon daerah. Pada pertengahan 80-an, bangunan sekolah telah ditambah menjadi tiga buah bangunan kesemuanya. Penambahan bangunan ini adalah bertujuan untuk menampung pertambahan murid dari Felda Jengka 25. Namun, tanggal 24 September 2002 SK Jengka 21 menerima bangunan baru tiga tingkat lengkap dengan peralatan yang terkini. Ia mula beroperasi sepenuhnya pada bulan Mac 2003.

Pertukaran pemimpin sekolah silih bertukar ganti bermula dengan Encik Abu Bakar yang telah ditukarkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Cemomoi, ianya diganti oleh Encik Mat Saman bin Abd. Rahman. Pada bulan Julai 1993, tugas Encik Mat Saman telah digantikan dengan Encik Ibrahim bin Sulaiman. Seterusnya pada Disember 1994 sekolah ini telah diletakkan di bawah pimpinan Encik Sabri bin Hadzir.

Pada tahun 1996 Encik Sabri bin Hadzir telah melanjutkan pelajarannya ke UPM dan tempat beliau telah digantikan oleh Encik Abdul Manab bin Jabal. Pada tanggal 17 November 2006, ia merupakan detik bersejarah bagi Encik Abdul Manab kerana ia merupakan tarikh persaraan beliau dalam profesion perguruan. Mandat seterusnya telah disandang oleh Encik Adnan bin Abdul Manaf pada 9 Januari 2007 sehingga ke pertengahan tahun 2009 beliau telah ditukarkan ke PPD Maran dan sehingga sekarang SK Jengka 21 adalah di bawah pimpinan Encik Mat Kasim bin Mat Noh.

Di bawah kepimpinan baru ini, berbekalkan azam dan kemudahan yang bertambah baik di sekolah ini. Pelbagai usaha telah dirangka dan dipergiatkan untuk memastikan pencapaian sekolah akan ke arah kecemerlangan serta melahirkan lebih ramai modal insan dan insan yang seimbang.

Read more...

PIAGAM PELANGGAN

TERAS PERKHIDMATAN

  • Berazam meninggikan mutu perkhidmatan.
  • Bekerja dengan penuh tanggungjawab.
  • Berusaha mengikis sikap mementingkan diri.
  • Berkhidmat dengan penuh muhibbah dan kemesraan.
  • Bekerjasama dalam membanteras kelemahan musuh-musuh negara.
  • Berpegang teguh kepada ajaran agama.
ETIKA KERJA ISLAM
  • Bekerja dengan azam mengabdikan diri kepada Allah.
  • Bekerja dengan ikhlas dan amanah.
  • Bekerja dengan semangat gotong-royong dan berpadu fikiran.
  • Bekerja dengan matlamat kebahagiaan manusia sejagat.
TONGGAK 12
  1. MENGHARGAI MASA.
  2. KETEKUNAN MEMBAWA KEJAYAAN.
  3. KESERONOKAN BEKERJA.
  4. KEMULIAAN KESEDERHANAAN.
  5. KETINGGIAN PERIBADI.
  6. KEKUATAN SIFAT BAIK HATI.
  7. PENGARUH TELADAN.
  8. KEWAJIPAN MENJALANKAN TUGAS.
  9. KEBIJAKSANAAN BERHEMAH.
  10. KEUTAMAAN KESABARAN.
  11. PENINGKATAN BAKAT.
  12. NIKMAT MENCIPTA.


Read more...

ALAMAT SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN (LKTP) JENGKA 21
26400 BANDAR JENGKA, MARAN
PAHANG DARUL MAKMUR

TEL/FAKS: +609-486 2301
E-MAIL: cba9047.skj21@gmail.com
LAMAN BLOG: http://skj21.blogspot.com
LAMAN WEB: http://skj21.webs.com

Read more...

Rabu, 10 Mac 2010

LAGU SEKOLAH

LAGU SEKOLAH

Read more...

PENCAPAIAN CEMERLANG UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) SK (LKTP) 21 BAGI TAHUN 2009

SENARAI NAMA MURID CEMERLANG UPSR 2009
  1. IRFAN IZZUDIN B. MD JAIS (5A)
  2. MOHAMAD ALIF KUZAIMIE B. SUKRI (5A)
  3. MOHAMMAD KHAIRUL HAKIMI B. HUSAIN (5A)
  4. NUR AIN SYUKRIAH BT. MOHD KARIM (5A)
  5. NURUL FARAHZUANIE BT. HUSIANI (5A)
  6. FATIN NABILAHANIS BT. YUSMI (4A 1B)
  7. MUHAMMAD KHAIRUL HAFIZIE B. RIFIN (4A 1B)
  8. MUHAMMAD SHAHZWAN IMAN B. MOHD NAFRI (4A 1B)
  9. UMMI KALSOM BT. BADARUL HISAM (4A 1B)
  10. INTAN SYAMIMI BT. ABDUL RAHMAN (3A 2B)
  11. MOHD ZAFRAN B. NOR AZAM (3A 2B)
  12. MUHAMAD AKRAM SYAMEL B. MD NASIR (3A 2B)
  13. NOR HAIRUL AFIZUL SYAZMIE B. ABD RALIT (3A 2B)
  14. NURUL NAJIHAH IZZATI BT. ABDUK MAJID (3A 2B)
  15. NURUL SYAFEQQA BT. MOHD POAD (3A 2B)
  16. SYED LUQMAN HAKIMI B. SYED ISMAIL (3A 2B)
  17. CHE MUHAMMAD ALIFF B. CHE GHANI (4A 1C)
SEKALUNG TAHNIAH BUAT ANAK-ANAK DIDIK DI SK (LKTP) JENGKA 21 DIATAS KEJAYAAN TERSEBUT. SEMOGA KALIAN SEMUA PEROLEH KEJAYAAN YANG LEBIH BESAR PADA MASA AKAN DATANG. INSYAALLAH.

Read more...

Ahad, 7 Mac 2010

LENCANA SEKOLAH


ILMU PELITA ABADI

Read more...

FALSAFAH SEKOLAH

Melahirkan dan memperkembangkan insan yang bertaqwa, berilmu, berketerampilan, jalinan dan kerjasama serta kepatuhan kepada Tuhan berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Negara. Mewujudkan iklim dan persekitaran sekolah yang ceria, indah, harmonis dan cemerlang.

Read more...

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Read more...

Jumaat, 5 Mac 2010

CARTA ORGANISASI











Read more...

SENARAI STAF PENTADBIRAN SK (LKTP) JENGKA 21


















Read more...

SENARAI GURU SK (LKTP) JENGKA 21

  1. MOHD. NOR B. ABD WAHAB
  2. SAIFUL AZRAN B. SHAHARAN
  3. AHMAD SOFRI B. ABDUL RAHMAN
  4. MOHD GHAZALI B. MOHD ARSHAD
  5. SAMSUDDIN B MAT AIL
  6. ABD HALIL B. JUMRI
  7. HJ. MAZLAN B. ZAKARIA
  8. KHAIRUL ANNUAR B. OTHMAN
  9. AZHAR B. JUSOH
  10. MOHD FAKARUDDIN B. AB. RASHID
  11. MOHD RUSLI B. ABDUL
  12. MOHD NORFADZLI B. ISHAK
  13. NOOR SHERLY ELYSA BT. AMRI
  14. NORMA BT. SULONG
  15. NORVIJAYANA TIMALA BT. MOHD ISA
  16. ZUHAINA BT. ABD PATAH
  17. NOR JASIMAN BT. JUSOH
  18. JUHAIDA BT. ABDUL AZIZ
  19. ZAWAHIR BT. ZAHARI
  20. ZURIYATI BT. ZAINUDIN
  21. FAIZAH BT. AWANG
  22. J.JAMILAH BT. MOHD NAZIM
  23. ZUNAIDAH BT. SULONG
  24. MAZURA BT. MOHD NOOR
  25. ZANARIAH BT. AB. HALIM
  26. ABDULLAH AMRILL B. MANSOR

Read more...

  © Blogger templates Psi by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP