HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN
Murid-murid dan ibubapa yang hadir memberi sokongan padu untuk majlis ini.
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-
1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.
2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.
Read more...Pengerusi: En. Mat Kasim bin Mat Noh (Guru Besar)
Naib Pengerusi: En. Abdul Rahman bin Alias (GPK HEM)
Setiausaha: Pn. Zunaidah binti Sulong
Ahli Jawatankuasa: En. Ng Hoe Liang (GPK Pentadbiran)
En. Nik Mansor bin Nik Sulaiman (GPK Ko-kurikulum)
Penyelaras Disiplin
Penyelaras SPBT
Penyelaras Kantin
Penyelaras RMT & PSS
Penyelaras Bimbingan & Kaunseling
Penyelaras Kebajikan & Kesejahteraan Murid
Penyelaras STF
Penyelaras Sistem Maklumat Murid (SMM)
Penyelaras Bina Insan
Penyelaras Alatan & Perabot
Penyelaras Pendidikan Pencegahan Dadah
Penyelaras RIMUP
Pengerusi: En. Mat Kasim bin Mat Noh (Guru Besar)
Naib Pengerusi: En. Nik Mansor bin Nik Sulaiman (GPK Ko-kurikulum)
Setiausaha: Pn. Norvijayana Timala binti Md. Isa
Ahli Jawatankuasa: En. Ng Hoe Liang (GPK Pentadbiran)
En. Abdul Rahman bin Alias (GPK HEM)
Pn. Zuriyati binti Zaihuddin (Penyelaras Persatuan)
En. Mohd Norfadzli bin Ishak (Penyelaras Unit Beruniform)
Pn. Norvijayana Timala binti Md. Isa (Setiausaha Ko & Sukan)
En. Ahmad Sofri bin Abd Rahman (Setiausaha Sukan)
Kebanyakan hard disk yang dijual sekarang adalah bersaiz besar, paling kurang pun 160GB. Bila anda dah pasang hard disk ni ke dalam komputer, seelok-eloknya bahagi-bahagikanlah ia kepada beberapa partition. Partition ni apa ye? Kalau anda tengok dalam My Computer ada C:, D:, E: dan sebagainya, itulah partition.
Jika dalam hard disk anda masih ada ruang kosong, anda boleh buat partition baru dengan mudah tanpa menggunakan sebarang software tambahan. Hanya perlu menggunakan Computer Management yang sudah sedia ada dalam Windows. Ikuti langkah-langkah berikut:
Tunggu sehingga proses format berakhir dan anda sudah boleh mula menggunakan partition baru tersebut.
Petikan sumber dari: http://sembangkomputer.com/buat-partition-baru-dalam-windows/
Perkara utama yang anda perlukan untuk mencari driver adalah nama bagi model hardware tersebut.
Contohnya, nama bagi model graphic card saya adalah NVIDIA GeForce FX 5200. Jadi, apa yang perlu saya lakukan adalah menaip “NVIDIA GeForce FX 5200” di laman web Google.
Untuk lebih spesifik lagi, saya taipkan “download driver NVIDIA GeForce FX 5200”. Google akan memaparkan hasil carian, dan link inilah yang akan saya klik untuk mencari driver tersebut.
Jika PC atau laptop anda berjenama (Dell, Compaq, HP, atau Acer misalnya), anda boleh terus taipkan nama bagi model PC/laptop itu. Biasanya nama ini ada dilekat bersama PC/laptop anda.
Setelah anda format komputer anda dan install Windows, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah memasang driver. Driver ini diperlukan oleh komponen hardware yang berada di dalam komputer, contohnya graphic card dan sound card.
Tanpa driver, anda akan dapati komputer anda tak dapat berfungsi dengan sepenuhnya. Contohnya, tanpa driver untuk sound card, sistem audio takkan berfungsi dan menyebabkan komputer anda tidak dapat mengeluarkan sebarang bunyi atau memainkan mp3.
Selalunya apabila anda beli barang-barang komputer, pekedai akan membekalkan anda dengan CD driver. CD inilah yang sepatutnya anda simpan elok-elok, mana tahu anda perlukannya esok hari. Kalau anda tiada CD ini (hilang atau sebagainya), anda masih boleh cari driver anda di Internet.
Jangan lupa backup semua driver yang sedia ada dalam komputer anda, sebagai langkah berjaga-jaga. Driver yang anda telah backup ini sangat berguna sekiranya anda perlu format kembali komputer.
Petikan sumber dari: http://sembangkomputer.com/apa-itu-driver/
Read more...Baru-baru ini seorang rakan saya di pejabat menghadapi masalah dengan laptopnya. Apabila dia cuba untuk log on ke dalam Windows XP, ia akan log off secara automatik. Saya cuba masuk ke dalam Safe Mode, namun masalah yang sama tetap berlaku.
Menurut satu artikel dari Microsoft, masalah ini berlaku kerana beberapa fail penting telah hilang dari Windows XP, dan nilai dalam registry juga telah diubah. Ikuti langkah-langkah di bawah untuk memperbaiki masalah ini:
Oleh kerana kita tak dapat masuk ke dalam Windows, kita akan menggunakan Offline NT Password & Registry Editor untuk membaiki nilai dalam registry.
HKLM\Software\Microsoft\Windows NT\CurrentVersion\Winlogon
Dapatkan fail explorer.exe dan userinit.exe dari CD Windows XP, atau anda boleh copy terus dari komputer lain yang menggunakan Windows XP.
Bagi menggantikan fail yang hilang ini, anda boleh gunakan apa-apa Live CD/USB yang boleh mengakses hard disk anda, contohnya Slax, Ubuntu, ataupun BartPE. Fail explorer.exe dan userinit.exe juga hendaklah dimasukkan ke dalam CD atau USB drive.
Restart komputer anda, dan kini sepatutnya anda sudah boleh log in ke dalam Windows XP.
Petikan sumber dari: http://sembangkomputer.com/masalah-log-off-automatik/
Read more...Baru-baru ini seorang rakan saya di pejabat menghadapi masalah dengan laptopnya. Apabila dia cuba untuk log on ke dalam Windows XP, ia akan log off secara automatik. Saya cuba masuk ke dalam Safe Mode, namun masalah yang sama tetap berlaku.
Menurut satu artikel dari Microsoft, masalah ini berlaku kerana beberapa fail penting telah hilang dari Windows XP, dan nilai dalam registry juga telah diubah. Ikuti langkah-langkah di bawah untuk memperbaiki masalah ini:
Oleh kerana kita tak dapat masuk ke dalam Windows, kita akan menggunakan Offline NT Password & Registry Editor untuk membaiki nilai dalam registry.
HKLM\Software\Microsoft\Windows NT\CurrentVersion\Winlogon
Dapatkan fail explorer.exe dan userinit.exe dari CD Windows XP, atau anda boleh copy terus dari komputer lain yang menggunakan Windows XP.
Bagi menggantikan fail yang hilang ini, anda boleh gunakan apa-apa Live CD/USB yang boleh mengakses hard disk anda, contohnya Slax, Ubuntu, ataupun BartPE. Fail explorer.exe dan userinit.exe juga hendaklah dimasukkan ke dalam CD atau USB drive.
Restart komputer anda, dan kini sepatutnya anda sudah boleh log in ke dalam Windows XP.
Read more...Artikel ini akan menerangkan langkah-langkah untuk memasang Windows Vista ke dalam komputer anda. Sebelum membuat pemasangan, pastikan anda backup dulu dokumen yang penting ke dalam partition lain, atau lebih baik lagi ke dalam hard disk yang lain.
Windows Vista adalah sebuah OS yang diperkenalkan oleh Microsoft pada tahun 2007. Ia dikeluarkan bagi menggantikan Windows XP yang telah berada selama 7 tahun di pasaran. Windows Vista kemudiannya diganti pula oleh Windows 7 yang dijangka keluar pada tahun Oktober 2009.
Sekiranya anda ada membeli desktop berjenama ataupun laptop sekitar tahun 2007 hingga 2009, biasanya ia disertakan sekali bersama Windows Vista (lihat pelekat Windows Vista pada komputer anda). Sesetengah pengeluar komputer juga turut membekalkan CD Windows Vista sekiranya anda perlu memasang kembali OS tersebut.
Jika anda mempunyai CD pemasangan Windows Vista ini, anda bolehlah mengikuti langkah-langkah ini untuk install Windows Vista ke dalam komputer anda:
Petikan sumber dari: http://sembangkomputer.com/install-windows-vista/
Adakalanya bila CD/DVD-ROM rosak, anda perlu install Windows menggunakan pen drive. Malah pen drive juga lebih senang dibawa.
Anda boleh membuat pen drive pemasangan Windows ini dengan mudah menggunakan WinToFlash. Windows yang disokong termasuklah Windows XP, Windows Vista, dan Windows 7.
Apa yang anda perlukan adalah CD/DVD pemasangan Windows tersebut dan sebuah pen drive. Kemudian ikut langkah-langkah di bawah:
TERAS PERKHIDMATAN
Melahirkan dan memperkembangkan insan yang bertaqwa, berilmu, berketerampilan, jalinan dan kerjasama serta kepatuhan kepada Tuhan berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Negara. Mewujudkan iklim dan persekitaran sekolah yang ceria, indah, harmonis dan cemerlang.
Read more...© Blogger templates Psi by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP